Friday, November 13, 2009

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan

Tarikh: 15 Oct 2009

Berikut sedutan artikel tentang pendapat Dato' Salleh:

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

(Bagaimana mengeksploitasi harga emas ditunjukkan dalam ebook ini)

atau klik saja dekat link ini untuk memesan
http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=mysazmel

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.




Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Cepat dapatkan buku ini anda bukan sahaja akan mendapat ilmu tentang emas
anda juga akan menjadi ahli dalam forum jutawan emas diamana anda akan dapat belajar untuk memantapkan potensi perniagaan emas anda

Thursday, November 12, 2009

Memajak Jongkong Emas Public Gold di Ar-Rahnu Bank Rakyat

By Shukor hashim

Tujuan saya memajak gold bar Public Gold.

1. Untuk melihat samada gold Bar Public Gold diterima di Ar-Rahnu Bank Rakyat2. Menguji berat dan ketulenan Public Gold3. Saya perlukan modal cepat untuk rolling balik4. Melihat samada boleh buat pinjaman Ar-Rahnu bank Rakyat sehingga RM100,000 (sebab saya dah dapat pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat RM45 900 sebelum nie)
Gold bar yang dipajak.

Saya memajak 5 x 100 gram gold bar Public Gold (jumlah semua 500 gram)



5 keping Gold Bar Public Gold 100 gram yang dipajak

Proses memajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat.

Sampai ajer kat Bank Rakyat saya terus tengok berapa harga emas Ar-Rahnu pada hari tersebut.
Mudah jer.. tengok kat papan elektronik. Anda boleh lihat jenis emas serta nilai gadaian pada hari tersebut dan juga rate pada hari sebelumnya.



Jenis emas dan nilai pajakan akan dipaparkan di papan elektronik.

Kemudian saya pun masuk ke dalam bilik Ar-Rahnu tersebut.
Soalan pertama saya kat pegawai Ar-Rahnu “Boleh ke saya pajak gold bar Public Gold?”
Jawapan yang diberikan “Ya, boleh. ” jawab pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat tersebut.
So.. pembaca semua.. Ar-Rahnu Bank Rakyat menerima gold bar Public Gold.No problem.

Gold bar yang tidak diterima adalah daripada Etika Emas, Bestino dan Geneva. Ini kerana syarikat-syarikat ini sedang di dalam siasatan Bank Negara.

Menguji berat dan ketulenan gold bar Public Gold.

Kelima-lima gold bar tersebut diuji berat dan ketulenan menggunakan mesin Precious Metal Tester model GK300. Mesin nie memang sensitif kepada getaran dan tekanan.


Gold bar Public Gold yang ditimbang.

Hasil ujian timbang berat:

1 keping dapat 100.01 gram
3 keping dapat 100.00 gram
1 keping dapat 99.99 gram

So, sisihan piawai untuk timbang berat ialah 0.01 gram.Jumlah berat kesemua gold bar ialah 500 gram.

Perfect!!

Hasil ujian ketulenan (timbang isipadu).

Selepas diuji, kesemua lima keping gold bar Public Gold memberikan bacaan 24K/999.9

Perfect!!



Hasil pajakan yang diterima:

Dengan menggadaikan 500 gram gold bar Public Gold saya telah memperolehi pinjaman sebanyak RM41 300.


Ini pengiraannya:
Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00

Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00

Upah simpan bulanan = RM480.47

Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80

Kesimpulannya.

1. Anda boleh memajak emas dan meminjam wang sehingga RM100,000 daripada Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yes!!


2. Gold bar Public Gold boleh dipajak di Bank Rakyat. No problem3. Gold bar Public Gold memang dijamin berat dan ketulenannya. Kalau kurang 0.01 gram tu boleh dikira sebagai sisihan timbang. Public Gold memberi jaminan membeli mengikut berat seperti di dalam sijil gold bar tersebut.


4. Nilai pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai semasa emas. Jadi, semakin lama kita menyimpan emas, nilainya semakin naik dan nilai pinjaman Ar-Rahnu juga semakin bertambah.


5. Emas sangat mudah ditunaikan. Proses gadai nie kurang dari setengah jam.


6. Emas fizikal adalah jauh lebih baik berbanding akaun simpan emas. Sebab anda boleh gadaikan emas fizikal tanpa perlu menjualnya.


7. Kalau anda pergi gadai emas dan bacaan mesin kurang dari sepatutnya, saya cadangkan anda pergi test kat tempat lain. Kekadang mesin yang problem.

p/s untuk keterangan yang lebih lanjut saya menyarankan agar anda mendapatkan buku pelaburan emas ini mana tahu anda akan menjadi jutawan emas seperti saudara shukor hashim


Wednesday, November 11, 2009

Keistimewaan Emas Sebagai Penyimpan Nilai @ Kekayaan

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.





Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi
Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.
Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.




Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang

Sunday, November 8, 2009

Tips perniagaan emas yang berjaya:

By Shukor Hasyim
Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:
1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari saya huraikan satu persatu:
1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.
Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)

2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui. (p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).
Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan. Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada, maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas (klik sini)atau senang anda cuma perlu klik baner dibawah dan buat pesanan anda.
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu.. contohnya tanya saya.
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Apakah rahsia pelaburan emas yang pertama?

Rahsia pelaburan emas yang pertama ialah:

Anda perlu mendapat ilmu yang betul berkenaan pelaburan emas. Emas/kekayaan akan datang pada orang yang berilmu.

Sebaliknya emas/kekayaan hilang daripada orang yang tiada ilmu.






Jadi, membaca e-book ini merupakan jalan pantas mendapat ilmu yang betul mengenai pelaburan emas.



Siapakah yang patut membeli e-book ini?

E-book ini patut dibeli oleh:
1. Mereka yang ingin mengetahui keistimewaan emas2. Mereka yang inginkan panduan bagaimana memilih emas pelaburan terbaik3. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan dengan emas4. Mereka yang ingin mengetahui bagaimana menjadikan emas sebagai perniagaan5. Mereka yang ingin menjadi pelabur emas yang bijak6. Mereka yang inginkan mendapat bimbingan daripada pakar emas
Apa keistimewaan pembelian e-book ini?
1. Anda akan diberikan keahlian emas (gold membership) di blog jutawanemas. Keahlian ini sah untuk tempoh 6 bulan. Banyak keistimewaan ahli nie:
2. Sepanjang tempoh 6 bulan ini juga anda akan mendapat update e-book ini secara percuma. Ini kerana e-book ini akan diupdate dari masa ke semasa sehingga ia menjadi sangat komprehensif.
3. Sebagai ahli anda akan menjadi orang pertama mendapat laporan-laporan khas daripada saya. Laporan ini biasanya berkaitan kajian kes pelaburan emas.
4. Di dalam ruangan ahli anda boleh bersoal jawab dengan saya jika anda perlukan maklumat tambahan. Ahli akan mendapat keutamaan dari segi bantuan.
5. Ahli akan mendapat diskaun bagi seminar pelaburan emas yang akan saya buat.
6. Anda bukan sahaja mendapat e-book saya tetapi juga mendapat e-book Emas-Emas Yang Hilang tulisan Abd. Hafiz Wasa PERCUMA.
Jadi anda mempunyai 2 e-book akan membantu anda membuat pelaburan emas yang menguntungkan.
Berapa Harga Kedua-dua ebook ini?
Harga bagi kedua ebook ini serta semua kelebihan diatas adalah RM80 sahaja.


Mengapa pelabur rugi banyak?

By Shukor Hashim

Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:


1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran. Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.


2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.


3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.


4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu (sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)


5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.


6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga. Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.


7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest. Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.