Tujuan saya memajak gold bar Public Gold.
1. Untuk melihat samada gold Bar Public Gold diterima di Ar-Rahnu Bank Rakyat2. Menguji berat dan ketulenan Public Gold3. Saya perlukan modal cepat untuk rolling balik4. Melihat samada boleh buat pinjaman Ar-Rahnu bank Rakyat sehingga RM100,000 (sebab saya dah dapat pinjaman Ar-Rahnu Bank Rakyat RM45 900 sebelum nie)
Gold bar yang dipajak.
Saya memajak 5 x 100 gram gold bar Public Gold (jumlah semua 500 gram)

5 keping Gold Bar Public Gold 100 gram yang dipajak
Proses memajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat.
Sampai ajer kat Bank Rakyat saya terus tengok berapa harga emas Ar-Rahnu pada hari tersebut.
Mudah jer.. tengok kat papan elektronik. Anda boleh lihat jenis emas serta nilai gadaian pada hari tersebut dan juga rate pada hari sebelumnya.

Jenis emas dan nilai pajakan akan dipaparkan di papan elektronik.
Kemudian saya pun masuk ke dalam bilik Ar-Rahnu tersebut.
Soalan pertama saya kat pegawai Ar-Rahnu “Boleh ke saya pajak gold bar Public Gold?”
Jawapan yang diberikan “Ya, boleh. ” jawab pegawai Ar-Rahnu Bank Rakyat tersebut.
So.. pembaca semua.. Ar-Rahnu Bank Rakyat menerima gold bar Public Gold.No problem.
Gold bar yang tidak diterima adalah daripada Etika Emas, Bestino dan Geneva. Ini kerana syarikat-syarikat ini sedang di dalam siasatan Bank Negara.
Menguji berat dan ketulenan gold bar Public Gold.
Kelima-lima gold bar tersebut diuji berat dan ketulenan menggunakan mesin Precious Metal Tester model GK300. Mesin nie memang sensitif kepada getaran dan tekanan.

Gold bar Public Gold yang ditimbang.
Hasil ujian timbang berat:
1 keping dapat 100.01 gram
3 keping dapat 100.00 gram
1 keping dapat 99.99 gram
So, sisihan piawai untuk timbang berat ialah 0.01 gram.Jumlah berat kesemua gold bar ialah 500 gram.
Perfect!!
Hasil ujian ketulenan (timbang isipadu).
Selepas diuji, kesemua lima keping gold bar Public Gold memberikan bacaan 24K/999.9
Perfect!!

Hasil pajakan yang diterima:
Dengan menggadaikan 500 gram gold bar Public Gold saya telah memperolehi pinjaman sebanyak RM41 300.
Ini pengiraannya:
Nilai marhum 500 gram emas tersebut adalah RM63 540.00
Jadi pinjaman 65% pula berjumlah RM41 300.00
Upah simpan bulanan = RM480.47
Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM2882.80
Kesimpulannya.
1. Anda boleh memajak emas dan meminjam wang sehingga RM100,000 daripada Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yes!!
2. Gold bar Public Gold boleh dipajak di Bank Rakyat. No problem3. Gold bar Public Gold memang dijamin berat dan ketulenannya. Kalau kurang 0.01 gram tu boleh dikira sebagai sisihan timbang. Public Gold memberi jaminan membeli mengikut berat seperti di dalam sijil gold bar tersebut.
4. Nilai pinjaman adalah berdasarkan kepada nilai semasa emas. Jadi, semakin lama kita menyimpan emas, nilainya semakin naik dan nilai pinjaman Ar-Rahnu juga semakin bertambah.
5. Emas sangat mudah ditunaikan. Proses gadai nie kurang dari setengah jam.
6. Emas fizikal adalah jauh lebih baik berbanding akaun simpan emas. Sebab anda boleh gadaikan emas fizikal tanpa perlu menjualnya.
7. Kalau anda pergi gadai emas dan bacaan mesin kurang dari sepatutnya, saya cadangkan anda pergi test kat tempat lain. Kekadang mesin yang problem.
p/s untuk keterangan yang lebih lanjut saya menyarankan agar anda mendapatkan buku pelaburan emas ini mana tahu anda akan menjadi jutawan emas seperti saudara shukor hashim

No comments:
Post a Comment