By Shukor Hashim
Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:
1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran. Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.
2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.
3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.
4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu (sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)
5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.
6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga. Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.
7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest. Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.
No comments:
Post a Comment