Hari ini saya akan berkongsi satu kisah motivasi yang saya dapat ketika menghadiri satu seminar Kekayaan Tanpa Had (lokasi dirahsiakan) oleh seorang pakar motivasi Dr.Marzuki Dimana anda akan dapat mengenali diri anda
Apakah Anda?
Jika anda diberi pilihan:
1.Anda Adalah Sebiji Telur

2. Anda Adalah Sebatang Lobak

3.Anda Adalah Sebiji Kopi


Ok jika anda sudah membuat keputusan?
Mari kita sama-sama kaji dengan keputusan yang anda buat
Ditangan Saya ada sebiji periuk
saya masukkan air dan rebus air tersebut sehingga mendidih dengan api yang sangat kuat

ok Saya mulakan Dengan Memasukkan Telur kedalam air yang telah mendidih tadi
pada asalnya telur tersebut yang keras diluar dan lembut didalam mula masak dan menjadi keras

Selepas itu saya Masukkan Pula Lobak Tadi kedalam air yang mendidih
pada asalnya lobak tersebut yang Keras mula menjadi lembut

Dan Akhir sekali Saya masukkan Biji kopi tadi Kedalam Air yang Mendidih itu
pada mulanya Biji kopi tersebut yang keras mula menyerap kedalam air bukan saja biji kopi itu hilang tetapi biji kopi itu mula menukar air yang jernih tersebut menjadi hitam


Ok sekarang bayangkan api itu sebagai tekanan
dan barang diatas mengambarkan pula ciri-ciri yang terdapat pada diri anda
Telur
- pada mulanya lembut dan cair
apabila ditegur dan diberi tekanan mula mengeras
anda adalah seorang yang lembut tetapi setelah diberi nasihat dan tekanan anda akan mula menjadi keras anda tidak akan lagi mendengar nasihat tersebut
Lobak
- Pada mulanya anda cukup keras
apabila ditegur atau diberi tekanan anda mula melembut
anda patuh pada nasihat yang diberi anda akan mengikut sahaja cadangan orang lain (menurut)
kopi
- Pada mulanya keras
apabila diberi tekanan mula melembut dan cair sebatikan diri dan mempengaruhi yang lain
anda pada mulanya adalah seorang yang keras tetapi setelah ditegur dan diberi tekanan
anda akan mula menyerap tekanan tersebut dan anda akan mengpengaruhi yang lain agar mengikut anda
Moral dari kisah diatas adalah untuk mengenali diri anda siapakah anda melalui ciri-ciri yang terdapat pada bahan bahan tersebut:
Jangan Anda mudah putus asa
walau anda diberi tekanan serap lah tekanan tersebut
begitu juga didalam kehidupan seharian diofis mahupun dirumah
motivasikan diri anda agar yang lain juga boleh mengikuti anda
bersama sama kita melangkah menuju kejayaan
Sekian Wassalam,....
No comments:
Post a Comment